Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

Oleh NOR AZIAH JAAFAR
KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.
Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.
“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.
“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).
“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.
Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).
Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.
Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.
Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.
Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.
Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.
“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan

Pakatan pembangkang setuju Anwar jadi PM

TUMPAT 19 Julai - Pakatan pembangkang bersetuju untuk melantik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada 16 September ini.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kesemua pemimpin pakatan pembangkang memberikan persetujuan tersebut selepas melihat reformasi yang dilakukan oleh Anwar hampir mencapai kejayaan.
Beliau berkata, Anwar telah menunjukkan sifat kepimpinan dan berjaya mengharungi pelbagai ujian untuk menerajui kebangkitan rakyat.
"Pakatan pembangkang dah bersetuju, kita semua sudah sedia maklum selama ini diperjuangkan dan ditegaskan banyak kali.
"Saya rasa dari segi pakatan semua komited, kepimpinan Pas dan DAP bersetuju penasihat PKR untuk menerajui kerajaan baru nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat gabungan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara sebelum 16 September ini.
Ketika ditanya adakah akan berlaku pilihan raya kecil bagi memberikan peluang kepada Anwar menduduki kerusi Dewan Rakyat, Mohammad Fairus berkata, parti tersebut bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya kecil.
"Kami bersedia untuk berjuang berhabis-habisan pada bila-bila masa untuk menempuh pilihan raya kecil, tetapi kawasan mana untuk beliau bertanding masih diputuskan lagi," katanya.
Tambahnya, parti tersebut yakin akan dapat memerintah negara pada 16 September ini kerana perubahan yang ditunjukkan amat positif.
habis.

Najib komited dengan pelan peralihan kuasa

Najib Tun Razak bertanyakan sesuatu kepada Penolong Eksekutif Pemasaran dan Jualan Malaysian Agrifood Corporation Bhd., Rafizah Hamzah (dua dari kanan) semasa melawat gerai pameran pada Konvensyen Ekonomi Bumiputera di PWTC, semalam.
KUALA LUMPUR 19 Julai - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau komited kepada pelan peralihan yang telah dipersetujui sebelum ini.Sehubungan itu katanya, UMNO Bahagian Pekan yang diterajuinya akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertanding jawatan Presiden parti, manakala beliau pula dicalon untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Disember ini.
Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan UMNO Cawangan Kampung Ubai dalam Bahagian Pekan yang mencalonkan namanya untuk bertanding merebut jawatan Presiden pada pemilihan akan datang.
"Itu satu cawangan sahaja. Kita ada 134 cawangan lagi di Bahagian Pekan. Saya sebagai ketua bahagian, saya komited kepada pelan peralihan yang saya telah terima.
"Jadi pencalonan Bahagian Pekan nanti insya-Allah Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan saya sebagai timbalan," katanya kepada pemberita apabila diajukan soalan berkenaan.
Mengikut pelan peralihan itu, Abdullah akan menyerahkan teraju kepimpinan UMNO kepada timbalannya, Najib pada pertengahan 2010.
Terdahulu, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menutup Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Pemuda UMNO Malaysia.

Mukhriz sokong Hishammuddin
Mukhriz sokong Hishammuddin
ALOR STAR 19 Julai - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir bersetuju dengan pendirian Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini.Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, hak ahli untuk memilih siapa yang patut dicalonkan untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam parti perlu dihormati.
"Semua pemimpin yang memegang jawatan sekarang telah dipilih oleh ahli pada pemilihan UMNO 2004 dan bakal mengakhiri tugas mereka penghujung tahun ini.
"Pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan mengganggu proses peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mukhriz, peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib serta pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah dua perkara yang berlainan.
"Peralihan kuasa hanya berlaku dua tahun selepas proses pemilihan UMNO dan adalah tidak wajar jika dua jawatan tertinggi di dalam UMNO tidak dipertandingkan.
"Suara ahli UMNO yang seramai 3.5 juta perlu didengar oleh semua pihak kerana ini penting bagi memastikan UMNO terus dihormati rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan akan berlaku perpecahan di dalam UMNO jika kedua-dua jawatan itu dipertandingkan.
Mukhriz memberitahu, Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO telah berpecah sehingga menyebabkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang.
"Bagi memulihkan parti, pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu diadakan.
"Hanya dengan ini ahli boleh memilih siapa yang mereka mahu untuk menjadi pemimpin mereka," katanya.
habis-

Bukan pentingkan diri tapi parti - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 19 Julai - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak menganggap pendiriannya mengenai perlunya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan pada pemilihan UMNO sebagai sesuatu yang mementingkan diri sendiri.Tegasnya, beliau bukanlah orang baru serta mempunyai pendirian sendiri dalam politik dan semua yang dinyatakannya adalah untuk kepentingan parti dan negara.
"Tak apalah, saya tak ada buat apa-apa keputusan lagi (jawatan yang akan ditandinginya)...saya ada pendirian saya sendiri dalam politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Sektor Kejurulatihan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Ke-34 di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Khamis lalu yang meminta Naib Presiden itu mematuhi persetujuan peralihan kuasa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) yang sekali gus tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Disember ini.
Kata Rafidah, sesiapa sahaja yang berhasrat mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan terlebih dahulu kepentingan parti mengatasi keperluan peribadi.
Menurut Rafidah, beliau hairan dengan pendirian Muhyiddin itu dan meminta Naib Presiden itu memikirkan 'adakah kita perlu pentingkan diri'.
Muhyiddin menambah, semua orang mempunyai pendirian masing-masing dan ia perlu dihormati.
"Walau apa pun pandangan yang saya keluarkan adalah untuk kepentingan orang Melayu dan UMNO. Beliau (Rafidah) sendiripun kalau nak bertanding apa jawatan pun takkan nak kata pentingkan diri sendiri," katanya.
Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Muhyiddin berkata penyertaan golongan belia dalam seni silat lincah memainkan peranan penting untuk menghadapi segala cabaran hari ini.
Katanya, dengan adanya aktiviti seperti itu, ia diyakini akan dapat mengembangkan sahsiah yang baik di kalangan belia dan memartabatkan warisan bangsa.
"Golongan belia sekiranya tidak bersedia dan kuat serta bersemangat, maka mereka akan hanyut dalam gelombang yang tidak dapat dipertahankan," katanya.

Ku Li, Muhyiddin diminta tidak tanding Presiden, Timbalan

Oleh ZULKIFLI JALIL
PUTRAJAYA 17 Julai - Pergerakan Wanita UMNO meminta Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi persetujuan peralihan kuasa yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) yang sekali gus tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Disember ini.
Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar) berkata, kedua-duanya atau sesiapa sahaja yang berhasrat mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan terlebih dahulu kepentingan parti mengatasi keperluan peribadi.
Katanya, sayap itu terpanggil memberikan reaksi tersebut kerana Tengku Razaleigh telah menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan Presiden manakala Muhyiddin dilihat ada ura-ura untuk bersaing ke jawatan yang lebih tinggi.
"Memang demokrasi dalam UMNO membenarkan tapi saya harap patuhilah persetujuan peralihan kuasa oleh MT ini (pada Jun 2010).
"Macam saya ini jadi ahli MT sejak era (Perdana Menteri kedua Allahyarham) Tun Abdul Razak lagi, tidak terfikir pun nak naik pangkat...naik ke jawatan lebih tinggi tapi dengan izin Allah saya naik juga...ini ketentuan-Nya.
"Dalam keadaan dunia bergolak (harga minyak mahal), kekangan pembangkang (dalam negara), kita perlulah mengutamakan dahulu perpaduan parti dan elakkan perpecahan orang Melayu...jangan sesekali lupa UMNO pernah dibatalkan (diharamkan), jika berlaku lagi (perebutan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden), bukan sahaja UMNO dibatalkan malah kali ini akan lebih teruk lagi...musnah," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mei lalu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini.
Justeru, Ahli Parlimen Gua Musang itu meminta bahagian-bahagian UMNO terutama di Sabah agar tidak takut untuk mencalonkan beliau jika mereka mahukan perubahan.
Sementara Muhyiddin pada Isnin lalu berpendirian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden masih perlu dibuka untuk dipertandingkan walaupun sudah ada pelan peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib pada pertengahan 2010.
Menurut Naib Presiden itu, sudah wujud satu halangan iaitu sistem kuota bagi merebut jawatan- jawatan berkenaan dan oleh itu tidak perlu lagi halangan lain untuk mereka yang mahu bertanding jawatan terbabit.
Rafidah berkata, beliau hairan dengan 'pendirian' Muhyiddin dan meminta Naib Presiden itu memikirkan 'adakah kita perlu pentingkan diri'.
Ditanya sama ada Muhyiddin perlu mengekalkan status quo dengan bertanding jawatan sedia ada, Rafidah berkata: "Bukan sahaja beliau, tapi kepada sesiapa sahaja yang berhasrat bertanding Presiden dan Timbalan Presiden, patuhilah keputusan pucuk pimpinan.
"Jangan nanti menang sorak, kampung tergadai," tegasnya.

Muhyiddin perlu pertimbang banyak perkara

KUCHING 17 Julai - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau perlu membuat banyak pertimbangan sebelum memutuskan jawatan yang ingin ditandinginya pada pemilihan parti Disember ini.
Beliau berkata, antara pertimbangan untuk menjadi calon ialah sumbangan yang dapat diberikan kepada parti demi meningkatkan keyakinan masyarakat khususnya orang Melayu.
Menurut beliau, perkara yang sangat penting itu mendorong beliau untuk tidak tergopoh-gapah membuat keputusan.
''Setiap keputusan perlulah mengikut pertimbangan bagaimana ia menyumbang kepada kekuatan parti dan meningkatkan keyakinan masyarakat Melayu kepada UMNO. Semua faktor itu perlu saya ambil kira," katanya kepada pemberita selepas perasmian sesi dialog dan seminar mengenai perdagangan dan pelaburan di Sarawak yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.